St. John's Institution
St. John's Institution

St. John's Institution

Lencana St. John's Instution (M)Sekolah Menengah Kebangsaan St. John (M) merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan yang terletak di Jalan Bukit Nanas, Kuala Lumpur.Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan St. John (M) memiliki 1096 pelajar lelaki dan 68 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1164 orang. Ia mempunyai seramai 100 orang guru.2009St. John's Institution (Bahasa Inggeris: St. John's Institution) ialah sebuah sekolah menengah perdana untuk pelajar lelaki (tingkatan enam adalah campur) dan salah sebuah sekolah yang tertua di Kuala Lumpur, Malaysia. Sekolah ini dikenali meluas sebagai SJI dan para pelajarnya dikenali sebagai Johannian.SJI terkenal dengan pencapaian di dalam bidang akademik, sukan dan aktiviti-aktiviti lain bagi peringkat sekolah menengah di Malaysia. Ia dianggap sebagai salah satu sekolah bukan asrama terbaik di Malaysia. Nama sekolah ini diambil sempena nama Jean-Baptiste de la Salle, pengasas De La Salle Christian Brothers Order yang juga dikenali sebagai Patrons Saint of Teachers.SJI dahulunya mengandungi dua buah sekolah rendah dan sebuah sekolah menengah yang diuruskan bersama sehinggalah kemasukan para pelajar yang naik secara mendadak, menyebabkan pentadbiran sekolah rendah dan sekolah menengah dipisahkan pada tahun 1960. Sekolah rendahnya sehingga kini dikenali sebagai Sekolah Kebangsaan St. John (1) dan Sekolah Kebangsaan St. John (2) manakala sekolah menengah dikenali sebagai Sekolah Menengah Kebangsaan St. John.Pengurusan sekolah menengah masih lagi lebih dipegang secara autonomi oleh The La Sallian Brothers dan The Board of Governors berbanding dengan Kementerian Pelajaran Malaysia. Walaupun tapak sekolah dimiliki oleh Gereja Roman Katolik (termasuk St. John's Cathedral, Kuala Lumpur yang bersebelahan dengan sekolah menengah), kebanyakan dana bantuan sekolah adalah dibiayai oleh Kerajaan Malaysia.SJI telah dinamakan sebagai salah sebuah 'Sekolah Kluster' yang cemerlang oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, dimana ia diberikan autonomi dalam pentadbiran dan dana yang mencukupi untuk lebih maju dalam bidang berkaitan (akademik, sukan dan aktiviti kurikulum) yang dipilih.